Merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat menyempurnakan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 1447H/2025M di Pusat Perdagangan Antarabangsa (MITEC).

Turut hadir YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan isteri, YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Sambutan Maal Hijrah pada tahun ini yang membawakan tema Membangun Bersama Ummah disambut meriah dengan penyertaan seramai 60 warga Kementerian Kewangan yang diketuai oleh Puan Intan Farhana Nazri.

Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa sinar harapan, iltizam dan keutuhan dalam meneruskan amanah membina masa depan ekonomi negara yang mampan dan inklusif.

Bersama kita hayati semangat hijrah – menuju perubahan yang lebih baik demi kemakmuran rakyat dan kesejahteraan negara.
