Merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di atas limpah perkenan berangkat mencemar duli ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024.
Turut hadir, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan isteri, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Tema sambutan pada tahun ini iaitu “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani” adalah manifestasi dari intipati ajaran Rasulullah SAW dan ia merupakan satu tema yang sangat signifikan bagi memacu umat di negara ini ke arah kejayaan yang hakiki dunia dan akhirat. Dalam konteks ini, pembangunan ummah yang berteraskan konsep Al-Falah (kejayaan) ini perlu disemai, digarap, dihayati dan dicapai bagi merealisasikan Gagasan Malaysia MADANI.
Mufti Sarawak, Sahibus Samahah Datu Haji Kipli Haji Yassin dinobat penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2024, sempena sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024 peringkat kebangsaan.
Seramai 50 warga Kementerian Kewangan diketuai oleh YBrs. Dr. Mohamad Fauzi bin Mohamad Saruman, Timbalan Ketua Unit Audit Dalam turut hadir menyertai sambutan kali ini yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.