Merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong Raja Zarith Sofiah di atas limpah perkenan berangkat mencemar duli ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1447H/2025M.
Turut hadir, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan isteri, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Seramai 60 warga Kementerian Kewangan turut hadir menyertai sambutan kali ini yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang.