YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Datuk Seri Asri Hamidon dan #TeamMOF untuk turun padang dan berjumpa dengan pasukan selaku tulang belakang di sebalik penghasilan dokumen-dokuman #Bajet2023 di Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), Kuala Lumpur.

Pihak PNMB turut memberi peluang untuk beliau melihat sendiri cara dokumen tersebut dicetak, bermula daripada pengumpulan input ke rekaletak, kemudiannya proses pencetakan. Ini merupakan peluang pertama beliau melihat proses tersebut setelah 2 tahun sebelum ini hanya mendengar penjelasan dan cerita sahaja. ⠀ ⠀

Terima kasih beliau ucapkan kepada mereka yang bertungkus-lumus menjalankan proses pencetakan dokumen-dokumen tersebut sehingga sempurna sebelum pembentangan #Bajet2023.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua warga Kementerian Kewangan terutamanya ahli jawatankuasa penghasilan Buku Tinjauan Ekonomi, Tinjauan Fiskal, Anggaran Perbelanjaan dan Senarai Perjawatan di atas khidmat bakti demi #KeluargaMalaysia.

Sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang proses penyediaan Bajet 2023, orang ramai boleh melayari melalui laman sesawang https://budget.mof.gov.my/en/budget2023/