YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah menandatangani dokumen rasmi Belanjawan 2024 dalam majlis ringkas Sign-Off Dokumen Rasmi Belanjawan 2024 di Kompleks Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya.


Majlis ini secara simboliknya melambangkan kerja-kerja persiapan menjelang pembentangan Belanjawan 2024 telah berjalan sepenuhnya. Komitmen dan dedikasi pegawai-pegawai MOF merupakan penggerak utama dalam memastikan urusan penyediaan dokumen-dokumen tersebut berjalan lancar.

Turut hadir dalam sesi tersebut adalah YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar).
