Majlis Taklimat Kepada Kelab Penyokong Kerajaan Malaysia Mengenai Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 telah diadakan di Parlimen dan dihadiri oleh 120 orang. Turut hadir YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan.
Taklimat telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Taklimat ini mensasarkan untuk memberikan penerangan terperinci mengenai kandungan dan implikasi Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 selain memastikan semua ahli memahami intipati bajet yang dibentangkan agar dapat menyokong dan memperjelas dasar kerajaan kepada rakyat dengan lebih berkesan.