YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mewakili Kerajaan Malaysia ke Majlis Sambutan Jubli Platinum dan Ulang Tahun Keputeraan ke-96 Ratu Elizabeth II di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC).

Majlis tersebut disambut untuk meraikan jubli platinum Ratu Elizabeth II yang telah menduduki takhta selama 70 tahun sejak 1952, pemerintah paling lama dalam sejarah Britain.

Ucapan beliau buat Ratu Elizabeth II adalah agar baginda terus sihat walafiat untuk terus memimpin Kerajaan United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland.

Beliau juga telah berpeluang untuk mengiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mencemar duli ke majlis tersebut untuk bersama rakyat jelata dan tetamu antarabangsa. Beliau menjunjung kasih dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada KDYMM Raja Permaisuri Agong atas kesempatan tersebut.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada TYT Charles Hay, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia dan seluruh Suruhanjaya Tinggi British atas jemputan tersebut.
