Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Tinjauan Belanjawan 2025

Majlis Tinjauan Belanjawan 2025

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah meluangkan masa meninjau kesiapsiagaan Belanjawan 2025 di Kompleks Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya. Beliau turut menandatangani dokumen-dokumen berkaitan Belanjawan 2025.

Hadir sama adalah YBhg. Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara dan YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Pengurusan tertinggi MOF yang turut hadir adalah YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan serta YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan serta Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

YAB Dato’ Seri Anwar juga berkesempatan beramah mesra dengan petugas-petugas yang terlibat dalam penyediaan Belanjawan 2025.

 

 #MalaysiaMADANI
#Belanjawan2025
#EkonomiMADANI

Arkib Foto

Logo Accessibility