Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Malaysia Economic Summit 2022

Malaysia Economic Summit 2022

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan menyampaikan ucaptama di majlis Malaysia Economic Summit 2022.

Beliau turut menyentuh dalam ucapan mengenai kepentingan mentranformasi struktur bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Walaupun ekonomi negara semakin pulih, transformasi struktur yang merangkumi pembangunan modal insan melalui inisiatif strategik yang dikenal pasti dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia perlu dipercepatkan.

Kerajaan sedar bahawa pembaharuan struktur diperlukan dalam menangani isu pendapatan dan kos isi rumah dalam menghadapi kejutan masa depan seperti mana yang kita hadapi semasa pandemik COVID-19 melanda.

Beliau yakin dan percaya, dengan kerja keras dan kerjasama semua pihak berkepentingan, perkara sebegini dapat dilaksanakan dengan jayanya sekali gus memacu ekonomi negara dengan lebih maju pada masa hadapan.


 

Arkib Foto

Logo Accessibility