Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Malaysian Sustainable Finance Initiative (MSFI): A Commitment To Advancing Sustainable Finance

Malaysian Sustainable Finance Initiative (MSFI): A Commitment To Advancing Sustainable Finance

YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menghadiri Malaysian Sustainable Finance Initiative (MSFI): A Commitment to Advancing Sustainable Finance secara maya bersama pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Datuk Syed Zaid Albar dan juga Sir Ian Cheshire, Pengarah dan Pengerusi Barclays Bank.

Dihadiri oleh dan disertai oleh wakil-wakil industri, sesi ini telah membincangkan topik berkenaan kelestarian dengan lebih mendalam, terutamanya peranan institusi kewangan dalam menyokong usaha Kerajaan dalam meletakkan Malaysia sebagai salah satu hab Kewangan Lestari di rantau ini.

Antara topik yang dibangkitkan termasuklah komitmen institusi kewangan dan pemilik aset terhadap peruntukan dan pembiayaan projek berkaitan kelestarian dan produk kelestarian yang baharu selain sukuk dan bon. Ini juga merupakan antara fokus utama seperti yang telah diumumkan dalam #Belanjawan2021.

Semasa sesi ini, beliau telah memberi ucapan penutup yang menekankan sudah sampai masanya Malaysia melangkah ke hadapan dalam usaha kelestarian sumber alam dan kemampanan sosio-ekonomi rakyat.

Arkib Foto

Logo Accessibility