YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah berkesempatan menyampaikan ucapan sempena program Maybank Economic Outlook Session with Ministry of Finance yang berlangsung di Dewan Auditorium, Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya.
Objektif sesi ini adalah menyampaikan maklumat terkini tentang landskap semasa, terutamanya mengenai perdagangan dan tarif dalam dunia Trump 2.0. Sesi yang berlangsung selama tiga jam ini juga memberi tumpuan kepada makroekonomi, perdagangan ASEAN dan pasaran FX global.
Turut hadir dalam sesi tersebut adalah YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato’ Khairussaleh Ramli, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank dan barisan Setiausaha Bahagian, Kementerian Kewangan.