YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada #TeamMOF, keluarga beliau yang telah banyak membantu dalam persediaan, pembentangan dan penggulungan #Bajet2022.

Dengan usaha gigih #TeamMOF, maka Bajet Kementerian Kewangan diluluskan di peringkat jawatankuasa.

Beliau berharap usaha ini akan dapat membantu membawa Malaysia keluar dari pandemik COVID-19 dengan selamat dan jayanya, di samping memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia.
