Merafak Sembah KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Di Cameron Highlands, Pahang

Merafak Sembah KDYMM Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Di Cameron Highlands, Pahang

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan merafak sembah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan menerima menghadap Menteri Kewangan di Istana Sri Angkasa, Cameron Highlands, Pahang.

Beliau turut berkesempatan melawat kebun sayur-sayuran di pekarangan istana yang sedang diusahakan KDYMM Tuanku. Kelihatan memang segar-segar semua jenis sayur-sayuran, tambahan lagi dengan cuaca Cameron Highlands yang amat sesuai untuk aktiviti berkebun. ⠀⠀

 

Sebelum memulakan Jelajah #Bajet2022, beliau telah menghadap KDYMM Pemangku Raja Pahang untuk membentangkan pelan #TeamMOF sepanjang lawatan kerja di beberapa daerah di Pahang yang akan bermula pada 2 Oktober 2021.

Beliau akan bertemu dengan pihak-pihak berkepentingan dan rakyat jelata Pahang untuk melihat dan mendengar sendiri segala input dan cadangan mereka yang dapat diterapkan ke dalam #Bajet2022. ⠀

Beliau akan cuba sebaik mungkin untuk merencana sebuah belanjawan yang dapat mensejahterakan #KeluargaMalaysia. Menjunjung kasih KDYMM Tuanku atas keprihatinan dan kasih sayang Tuanku ke atas rakyat jelata.