Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat Ahli Lembaga MHTC bersama YB Menteri KKM & Menteri di JPM (Ekonomi)

Mesyuarat Ahli Lembaga MHTC bersama YB Menteri KKM & Menteri di JPM (Ekonomi)

YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan menghadiri Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) bersama YB Dato’ Sri Dr. Adham Baba, Menteri Kesihatan dan YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) secara dalam talian.

Banyak perkara yang telah diperhalusi dalam usaha untuk mengangkat semula industri pelancongan kesihatan di Malaysia. Turut dibincangkan berkenaan Healthcare Travel Industry Blueprint 2021-2025 serta meneliti pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) MHTC bagi tahun 2021.

Peranan MHTC sekarang amat penting untuk memastikan kesinambungan industri semasa pandemik Covid-19 dan menyediakan lanskap industri pasca pandemik COVID-19.

Semoga usaha-usaha yang telah direncana akan dapat memberi impak yang baik pada masa hadapan.

Arkib Foto

Logo Accessibility