YB Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan berada di Mesyuarat Asian Development Bank (ADB) yang ke-56 di Incheon, Korea.

Beliau turut bertemu dengan Timbalan Menteri Kewangan China, Wang Dongwei dan membincangkan hasrat pelaburan yang telah dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri rentetan lawatan rasmi baru-baru ini.

Beliau juga turut bersama-sama Presiden Asakawa ADB dan berbincang mengenai inisiatif USD100 bilion hingga 2030 untuk menangani perubahan iklim bagi membantu negara ahli.

Beliau turut menyampaikan ucapan dalam mesyuarat tersebut berkenaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia iaitu 3.1%, 8.7%, 4.5% dalam tempoh 3 tahun. Selain itu, Kerajaan stabil iaitu 2/3 majoriti berkonsepkan MalaysiaMADANI.

Peranan ADB telah membantu 68 negara ahli dalam perubahan iklim, prasarana digital serta kemiskinan.