Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat Berkenaan Penyediaan #Bajet2022 Secara Maya Bersama KDYMM Seri Paduka Baginda YDPA

Mesyuarat Berkenaan Penyediaan #Bajet2022 Secara Maya Bersama KDYMM Seri Paduka Baginda YDPA

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan merafak sembah setinggi-tinggi penghargaan atas perkenan Ke Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah menerima menghadap beliau untuk memberi taklimat mengenai penyediaan #Bajet2022.

KDYMM Tuanku turut menzahirkan harapan agar Kerajaan memperhalusi sebaik-baiknya cadangan yang telah dikemukakan bagi merangka #Bajet2022 yang bersifat inklusif dan komprehensif serta berpaksikan Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.

KDYMM Tuanku turut menekankan kebajikan rakyat dan pemulihan ekonomi negara adalah matlamat utama bagi mengharungi fasa endemik.

Harapan KDYMM Tuanku adalah selari dengan matlamat dan hala tuju #Bajet2022 yang dirangka demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia.

Beliau menjunjung kasih KDYMM Tuanku atas keprihatinan dan kasih sayang ke atas rakyat jelata.

Arkib Foto

Logo Accessibility