YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan bermesyuarat dengan agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan (MOF) iaitu Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) secara maya.
Sepanjang mesyuarat berlangsung, wakil setiap agensi turut memaklumkan perkembangan terkini berkenaan prestasi agensi masing-masing.
Selain itu, beliau dan ahli mesyuarat juga bertukar pandangan dan cadangan untuk memantapkan agensi masing-masing pada masa hadapan.
Ketika sesi mesyuarat tersebut, beliau turut mengingatkan supaya setiap agensi sentiasa memaklumkan perkembangan terkini dari masa ke semasa berkenaan agensi masing-masing dan beliau turut menganggap mereka ini sebagai ‘frontliner’ kepada MOF.