YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mempengerusikan Mesyuarat bersama Pasukan Petugas Pelbagai Agency (Multi Agency Task Force - MATF)⠀ untuk membincangkan isu jenayah kewangan dan penyeludupan, serta langkah-langkah yang akan diambil bagi mempertingkatkan lagi usaha penguatkuasaan membanteras jenayah kewangan dan aktiviti penyeludupan yang semakin berleluasa.
Kerajaan telah menubuhkan MATF yang dianggotai pelbagai agensi penguatkuasa seperti SPRM, PDRM, Jabatan Kastam Di-Raja Malaysia, dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, dengan penambahbaikan usaha penguatkuasaan seperti yang diumumkan dalam #Belanjawan2021.





