YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan satu mesyuarat bersama Persatuan-Persatuan Peruncit Malaysia (MRA, MRCA and MFA) untuk mendapatkan maklum balas industri mengenai #Belanjawan2021 serta berbincang mengenai cabaran industri dalam menghadapi situasi semasa COVID-19, selain pelan jangka sederhana dan panjang untuk mengukuhkan ketahanan industri.
Antara yang dibincangkan adalah mengenai cabaran memulihkan keyakinan pengguna dan cadangan bagi memastikan ketahanan aliran tunai peruncit. Selain dari itu, sebagai salah satu industri terkesan, mereka juga telah menyambut baik inisiatif pelanjutan Subsidi Upah dan insentif cukai di bawah #Belanjawan2021 dan pakej PENJANA.





