Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat bersama Quartet Menteri

Mesyuarat bersama Quartet Menteri

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menghadiri mesyuarat bersama Quartet Menteri iaitu YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kanan Pertahanan, YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Menteri Kesihatan dan YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa, Menteri Komunikasi Dan Multimedia untuk perbincangan mengenai langkah-langkah seterusnya dalam menghadapi COVID-19.

Turut bersama adalah YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya dan YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Belia Dan Sukan.

Sepanjang mesyuarat tersebut, Quartet Menteri telah mendapatkan maklum balas dan laporan daripada YB Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya mengenai pelaksanaan gelembung pelancongan Pulau Langkawi, Kedah yang telah bermula pada 16 September lalu. Semuanya telah berjalan lancar, namun mereka yang melancong harus sentiasa mempraktikkan Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan penuh berdisiplin. YB Menteri Belia Dan Sukan juga telah menyampaikan maklum balas mengenai pelaksanaan pembukaan sektor sukan dan rekreasi.

 

Dalam pada itu, beliau turut menyeru kepada semua #KeluargaMalaysia untuk kekal berdisiplin mematuhi SOP kerana inilah masanya untuk kita semua buktikan bahawa kelonggaran sebegini adalah langkah yang selamat supaya lebih banyak sektor boleh dibuka dalam masa terdekat.

Arkib Foto

Logo Accessibility