YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan bersama YB Puan Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) serta YB Datuk Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), telah mempengerusikan mesyuarat bersama wakil-wakil dari syarikat peminjam wang berlesen untuk berbincang mengenai isu Sewa Beli & Pinjaman Kredit.
⠀⠀ ⠀⠀Matlamat mesyuarat ini adalah untuk mendengar maklum balas dan mencari titik pertemuan di mana semua pihak dapat berkerjasama dalam membantu peminjam seperti pemandu dan pengusaha bas pelancong.
Kerajaan sentiasa peka dalam memastikan semua rakyat dapat dibantu, terutama sekali dalam menghadapi krisis COVID-19.




