YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan mesyuarat bersama YB Senator Datuk Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), secara maya bagi membincangkan mengenai beberapa perkara, termasuk inisiatif pengstrukturan semula atau structural reform untuk beberapa agensi Kerajaan yang berkaitan untuk menghasilkan keberhasilan yang tinggi, demi kesejahteraan Rakyat dan ekonomi Negara.