YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan mesyuarat dua hala bersama Menteri Kewangan Bangladesh, Encik Mustafa Kamal dan delegasi yang turut berada di Manila sempena 55th ADB Annual Meeting.

Untuk pengetahuan, tahun lalu, Bangladesh merupakan rakan dagang ke-25 yang menyumbang kepada 0.5 peratus dari jumlah keseluruhan jumlah perdagangan Malaysia. Ekonomi Bangladesh merupakan antara yang sedang meningkat naik.

Antara isu yang telah dibincangkan termasuk bagaimana untuk mengembangkan industri halal kedua-dua negara, tenaga kerja dan ‘Free Trade Agreement’ antara Malaysia-Bangladesh.

Beliau akan mengadakan perbincangan bersama pegawai-pegawai yang berkenaan untuk susulan dengan pihak Bangladesh dalam memastikan hubungan antara Malaysia dan Bangladesh akan terus diperkukuh.
