YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Encik Arkhom Tempittayapaisith, Menteri Kewangan Thailand dan delegasi yang turut hadir ke Manila 55th Asian Development Bank (ADB) Meeting.

Dalam mesyuarat dua hala tersebut, pelbagai isu mereka telah bincangkan termasuk berkenaan pembinaan dua jambatan yang menghubungkan Rantau Panjang dan Sungai Golok serta Pengkalan Kubor-Tak Bai; cadangan pembinaan keretapi laju Kuala Lumpur Bangkok.

Kedua-dua buah negara telah menyatakan komitmen untuk memperkukuh hubungan dua hala termasuk dalam sektor perdagangan rentas sempadan, infrastruktur rentas sempadan, pelancongan perubatan dan eksport makanan.
