YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengadakan mesyuarat dua hala bersama Puan Alexia Latortue, Penolong Setiausaha Perdagangan Antarabangsa dan Pembangunan, Jabatan Perbendaharaan, United States of America.

Antara isu yang disentuh adalah berkenaan kerjasama lebih erat Malaysia-Amerika Syarikat berkenaan pelancongan, sistem ekonomi di kedua-dua buah negara dan keadaan ekonomi global.

Sebagai satu kuasa besar dunia, keputusan dan tindakan yang dilakukan Amerika Syarikat terhadap ekonomi mereka akan memberi kesan kepada Malaysia terutamanya berkenaan pengukuhan mata wang ringgit.

Kerjasama lebih erat juga dapat memberikan Malaysia kelebihan dari segi ekonomi.
