Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Mengenai Kos Penjagaan Kesihatan Swasta

Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Mengenai Kos Penjagaan Kesihatan Swasta

Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Mengenai Kos Penjagaan Kesihatan Swasta (JBMKKS), yang dipengerusikan bersama oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan mengumumkan penubuhan Lembaga MediAsas bebas.

Lembaga ini akan memperkukuh tadbir urus, memantau pelaksanaan serta memastikan kemampanan MediAsas dalam jangka panjang. Lembaga ini dipengerusikan oleh Profesor Emeritus Datuk Dr. Norma Mansor dan akan memberi tumpuan kepada perlindungan kepentingan awam serta reformasi penjagaan kesihatan swasta yang lebih mudah diakses dan mampan.

Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Sri Abdul Rasheed Ghaffour, Gabenor Bank Negara Malaysia serta YBhg. Datuk Dr. Shahrazat Haji Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan).

MediAsas dijadualkan dilaksanakan di seluruh negara pada penghujung Januari 2027.

Arkib Foto