Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Menteri-Menteri Kewangan yang ke–4

Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Menteri-Menteri Kewangan yang ke–4

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah dijemput untuk menyumbang pendapat dan cadangan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Menteri-Menteri Kewangan yang ke 105 sempena hari terakhir beliau menyertai Mesyuarat-Mesyuarat Musim Bunga Bank Dunia-IMF di Washington. 

Perbincangan tersebut telah memfokuskan kepada isu-isu berkaitan pendigitalan dan pembangunan, memastikan pinjaman oleh Kerajaan di serata dunia memainkan peranan untuk pembangunan dan kestabilan Makroekonomi, serta beberapa perkara mengenai kemas kini operasi tindak balas krisis COVID-19.

Beliau amat berbesar hati kerana untuk mesyuarat tersebut beliau selaku wakil dari Malaysia telah diberikan amanah untuk mewakili negara-negara seperti Brunei, Fiji, Indonesia, Laos, Myanmar, Nepal, Singapura, Thailand, Tonga dan Vietnam.

Semasa perbincangan, beliau telah menyuarakan pendapat mengenai beberapa cabaran terkini yang telah menghalang pemulihan ekonomi global tahun ini. Gangguan rantaian bekalan dan inflasi yang meningkat, serta ketidakpastian yang berterusan di sebalik varian COVID-19 baharu, mungkin menghalang pemulihan ekonomi yang dijangkakan akan meninggalkan kesan yang lebih mendalam.
Dalam konteks ini, negara-negara yang beliau wakili, termasuk Malaysia menyambut baik keutamaan yang dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan.

Secara keseluruhan, beliau telah berkongsi pendapat bagaimana dalam jangka masa pendek, tindakan pelbagai hala yang tuntas dan komprehensif diperlukan untuk menangani krisis hutang yang semakin meruncing. Beliau juga telah menekankan bahawa di masa hadapan, pendigitalan akan menjadi pendorong utama kepada agenda untuk Pembangunan Hijau, Berdaya Tahan dan Inklusif.

Akhir sekali, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengurusan dan Kakitangan Bank Dunia dan IMF atas usaha gigih mereka sepanjang masa yang mencabar ini dan beliau berharap institusi-institusi ini akan terus memainkan peranan penting demi kesejahteraan sejagat.

Arkib Foto

Logo Accessibility