YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pandemik COVID-19 yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob juga menyaksikan penglibatan wakil-wakil parti pembangkang secara maya bagi memastikan pendekatan Seluruh Negara (Whole-of-Nation) diterapkan di setiap peringkat pelaksanaan.

Antara wakil yang hadir ke mesyuarat adalah YB Lim Guan Eng (DAP-Bagan), YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Kulim Bandar Baharu) dan YB Datuk Seri Salahuddin Ayub (AMANAH-Pulai). Beliau amat percaya bahawa langkah keterbukaan yang diambil kedua-dua pihak akan dapat mewujudkan impak positif kepada kesejahteraan #KeluargaMalaysia.