YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menghadiri Mesyuarat Ke-27 Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.
Mereka telah membincangkan mengenai pelan-pelan pembangunan komuniti yang bersatu padu dan berdaya tahan di Iskandar Malaysia, serta program dan inisiatif yang mampu melonjak ekonomi wilayah Iskandar Malaysia.
