Mesyuarat Kedua Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)
YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menghadiri Mesyuarat Kedua Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) bersama Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob secara maya. Mesyuarat membincangkan pelaksanaan dan pencapaian ECER setakat ini, serta input dan cadangan bagi langkah-langkah seterusnya.
Koordinasi antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Koridor Ekonomi amat penting bagi memastikan pelan pembangunan yang dirancang adalah sejajar dengan misi Kerajaan untuk mensejahterakan #KeluargaMalaysia.
Kerajaan terus komited untuk mengadakan sesi libat urus bersama pihak-pihak berkepentingan bagi memastikan pembangunan koridor ekonomi menjana impak tinggi kepada rakyat setempat dan negara.