Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat Ketua Audit Dalam Kementerian/Jabatan Persekutuan & Kerajaan Negeri Bil. 1 Tahun 2025 & Retreat Pemantapan Juruaudit Dalam Sektor Awam Tahun 2025

Mesyuarat Ketua Audit Dalam Kementerian/Jabatan Persekutuan & Kerajaan Negeri Bil. 1 Tahun 2025 & Retreat Pemantapan Juruaudit Dalam Sektor Awam Tahun 2025

YBhg. Datuk Ramzi Mansor, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) telah mempengerusikan Mesyuarat Ketua Audit Dalam Kementerian/Jabatan Persekutuan Dan Kerajaan Negeri Bilangan 1 Tahun 2025 pada 3 Oktober 2025 di Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating, Kuantan yang dianjurkan oleh Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat, Kementerian Kewangan (BKSK, MOF). 

Manakala Mesyuarat Retreat Pemantapan Juruaudit Dalam Sektor Awam Tahun 2025 dilaksanakan pada 1 hingga 3 Oktober 2025.

Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut adalah Puan Murni Rahayu Ahmad Anuar, Timbalan Setiausaha Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat, Puan Noor Rita Kassim, Pengarah Bahagian Susulan Audit, Jabatan Audit Negara serta 43 Ketua Audit Dalam Kementerian/Jabatan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. 

Mesyuarat Retreat ini bertujuan membincangkan inisiatif rangka kerja baharu pemerkasaan kompetensi Audit Dalam melibatkan kemahiran Teknik pengauditan yang relevan dan berkesan mengikut standard pengauditan dan amalan terbaik semasa. Ini ada selaras dengan peranan Perbendaharaan Malaysia sebagai Agensi Pusat yang bertanggungjawab memantau dan menyelaras keberkesanan pelaksanaan audit dalam di Kementerian/Jabatan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan PS 3.1. 

Penganjuran mesyuarat ini turut mendapat kerjasama daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pahang melalui Unit Audit Dalam SUK Negeri Pahang.



Arkib Foto

Logo Accessibility