YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia telah mempengerusikan Majlis Kewangan Negara, suatu mesyuarat tahunan penting untuk membincangkan hal-hal berkaitan kewangan negeri-negeri. ⠀ ⠀
Mesyuarat yang dianjurkan oleh Kementerian Kewangan selaku Sekretariat ini yang diketuai oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia dan juga dihadiri oleh YBhg. Dato’ Asri Hamidon, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YAB Menteri-Menteri Besar dan YAB Ketua-Ketua Menteri dari semua negeri.

