Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat Kick-Off Bagi Merangka Program Jelajah Negeri Sempena Belanjawan 2026

Mesyuarat Kick-Off Bagi Merangka Program Jelajah Negeri Sempena  Belanjawan 2026

Mesyuarat Kick-Off bagi merangka Program Jelajah Negeri sempena Belanjawan 2026 telah berlangsung dengan penyertaan rakan strategik dan pelbagai pihak berkepentingan.

Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaras perancangan awal, aspek logistik serta penglibatan rakan strategik dalam pelaksanaan sesi jelajah ke negeri-negeri terpilih. Antara agensi dan wilayah yang terlibat termasuk Iskandar Regional Development Authority (IRDA), Northern Corridor Implementation Authority (NCIA), East Coast Economic Region Development Council (ECERDC) serta wakil dari Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Sabah, Sarawak dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Program jelajah ini dijangka menjadi platform penting dalam mendapatkan input secara langsung melalui aspirasi dan pandangan rakyat, sekali gus memastikan perancangan Belanjawan 2026 bersifat inklusif, responsif dan berpaksikan keperluan sebenar rakyat.

#Belanjawan2026
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Arkib Foto

Logo Accessibility