Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat Kuartet Menteri di Parlimen

Mesyuarat Kuartet Menteri di Parlimen

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan hadir ke Mesyuarat Kuartet Menteri di Parlimen untuk sesi perbincangan mingguan mengenai status terkini pengurusan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan serta penambahbaikan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Bagi memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia, kelangsungan perniagaan dan pemulihan ekonomi, Kuartet Menteri yang dianggotai Kementerian Pertahanan, Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Komunikasi Dan Multimedia ditugaskan untuk bekerjasama bagi menilai dan menambah baik pengurusan pandemik COVID-19 dengan mengambil kira semua aspek termasuk nyawa dan kehidupan rakyat, serta ketahanan perniagaan dan ekonomi.

Sebarang cadangan dari Kuartet seterusnya akan dibawa untuk pertimbangan Jawatankuasa Pandemik yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri.

Kerjasama Kuartet Menteri yang berterusan sebegini akan memastikan pelaksanaan SOP yang lebih efektif dan tangkas dalam usaha kita menentang COVID-19.

Arkib Foto

Logo Accessibility