Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat Kumpulan Fokus Anjuran KPT Berkaitan Pembangunan Sektor Semikonduktor

Mesyuarat Kumpulan Fokus Anjuran KPT Berkaitan Pembangunan Sektor Semikonduktor

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah mempengerusikan Mesyuarat Kumpulan Fokus mengenai peranan strategik Kerajaan bersama-sama pemain industri dalam menyokong pembangunan sektor semikonduktor, selaras dengan sasaran Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).

Mesyuarat ini adalah platform yang membincangkan cadangan penambahbaikan bagi menangani isu berkaitan pembangunan bakat yang berpengetahuan tinggi serta meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan.

Mesyuarat ini telah dikendalikan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi dan dikoordinasikan oleh Universiti Sains Malaysia (USM). Turut hadir YBhg. Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Naib Canselor USM, pegawai-pegawai kanan KPT serta wakil-wakil syarikat pemula dan pemain industri semikonduktor.

Arkib Foto

Logo Accessibility