Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat Kumpulan Fokus Berkaitan Pembangunan Industri Modal Teroka

Mesyuarat Kumpulan Fokus Berkaitan Pembangunan Industri Modal Teroka

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II mempengerusikan mesyuarat Kumpulan Fokus mengenai pembangunan sektor modal teroka. Mesyuarat Kumpulan Fokus ini telah dihadiri oleh pemegang taruh yang terdiri daripada peserta industri modal teroka dan pengawal selia industri kewangan dan pasaran modal iaitu Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti serta turut dihadiri oleh institusi pelaburan berkaitan Kerajaan dan ekuiti swasta.

Mesyuarat Kumpulan Fokus yang dianjurkan dengan kerjasama Khazanah Nasional, bertujuan untuk mendapatkan input dan pandangan ke arah memperkukuhkan ekosistem modal teroka bagi melonjakkan pembangunan ekonomi Malaysia yang akan dipertimbangkan untuk Belanjawan 2026. 

Mesyuarat ini telah dikendalikan oleh YBhg. Dato‘ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan Khazanah Nasional dan turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato’ Ts. V. Valluvan Veloo, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro), Kementerian Ekonomi, pegawai-pegawai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Pasukan Belanjawan 2026 dan wakil dari bahagian-bahagian MoF yang terlibat.

Arkib Foto

Logo Accessibility