YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menghadiri Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2022 yang telah dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri serta turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar dan Ketua Menteri serta wakil dari semua negeri.

Mesyuarat tersebut turut membincangkan dan memutuskan penambahbaikan Pemberian Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri khususnya pemberian TAHAP, MARRIS dan Ecological Fiscal Transfer demi menyokong pembangunan yang inklusif dan mampan di semua negeri.

Kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam memastikan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sentiasa berada dalam tahap yang terbaik.
![]() |
![]() |
![]() |