YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menghadiri Mesyuarat Majlis Khas MA63 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri secara maya bertempat di Kompleks Kementerian Kerja Raya bersama YB Dato’ Sri Hj Fadillah Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya.
Mesyuarat turut dihadiri YAB-YAB Ketua Menteri, YB Menteri-menteri berkaitan serta wakil Kerajaan Persekutuan dan wakil negeri Sabah dan negeri Sarawak.


