YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menghadiri Mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri, Perdana Menteri di Kuantan, Pahang.
ECER merupakan salah satu langkah kerjasama erat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam meningkatkan pelaburan di Wilayah Pantai Timur.

Sehingga 31 Disember 2021, ECERDC telah berjaya mencapai RM13.4 bilion dalam bentuk pelaburan komited swasta, melebihi sasaran RM12 bilion yang ditetapkan.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada pencapaian tersebut dan beliau berharap agar kerjasama rapat berterusan akan terus menjamin kesejahteraan #KeluargaMalaysia dan membantu dalam pemulihan ekonomi negara.