Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara

Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menghadiri ke Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang telah dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri.

Antara yang dibincangkan adalah mengenai data terbaharu yang membolehkan MPN mengambil langkah proaktif dalam merangka penambahbaikan kepada Pelan Pemulihan Negara (PPN). Turut dibincangkan perincian mengenai kelonggaran yang akan diperkenalkan buat individu yang telah lengkap vaksin.

Beliau juga menekankan bahawa sebagai Menteri Penyelaras PPN, fokus utama beliau adalah untuk kesejahteraan Malaysia. Pelaksanaan PPN memerlukan kerjasama dan sokongan semua pihak termasuklah wakil-wakil pakar, parti Kerajaan dan pembangkang serta rakyat, dan inilah prinsip PPN sejak hari pertama ia diperkenalkan.

Oleh itu, beliau menyeru kepada semua pihak untuk terus bekerjasama demi kebaikan bersama untuk mengekang wabak COVID-19.

Arkib Foto

Logo Accessibility