Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara Bil.4/2021

Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara Bil.4/2021

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan hadir ke Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang keempat dan telah dipengerusikan oleh YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Pengerusi MPN.

Mesyuarat kali ini lebih istimewa dan inklusif dengan penglibatan wakil-wakil daripada parti pembangkang bagi memastikan semua suara dapat didengari dan diteliti untuk merangka langkah ke hadapan dan lebih dinamik.

Antara yang hadir daripada parti pembangkang adalah YB Tuan Wong Chen (PKR-Subang), YB Tuan Chong Chieng Jen (DAP-Stampin), YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, (AMANAH-Kuala Selangor) dan YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard Giluk Dompok (UPKO).

Kerajaan terus komited untuk memastikan Pelan Pemulihan Negara dapat mensejahterakan #KeluargaMalaysia, komuniti perniagaan tempatan dan ekonomi negara. Dengan kerjasama berterusan merentasi latar belakang dan fahaman politik, #KeluargaMalaysia pasti akan dapat keluar daripada belenggu pandemik COVID-19 dengan selamat tidak lama lagi.