Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat Majlis Sosial Negara Bil.2/2021

Mesyuarat Majlis Sosial Negara Bil.2/2021

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menghadiri Mesyuarat Majlis Sosial Negara Bil.2/2021 yang dipengerusikan YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri di mana telah membincangkan pelbagai aspek penambahbaikan aspek sosial negara, antaranya peluasan peluang pembelajaran akademik dalam kalangan pesalah muda di penjara dan pemerkasaan penguatkuasaan jenayah terhadap kanak-kanak di media sosial.

Isu-isu seperti ini memerlukan penglibatan semua kementerian dan agensi bagi memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia. Aspek sosioekonomi juga sentiasa menjadi keutamaan #TeamMOF bagi memastikan #Bajet2022 menjadi satu harapan yang menyinar di hujung kemelut pandemik COVID-19 agar rakyat kembali makmur dalam norma baharu.

 

Arkib Foto

Logo Accessibility