YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bersama-sama Multi Agency Task Force (MATF) untuk membincangkan isu penyeludupan dan kawalan sempadan khususnya penyeludupan rokok dan minuman keras (RMK) di Johor.
Fokus pencegahan dalam isu penyeludupan perlu dilihat serius. RMK merupakan barangan berduti tinggi dan strategi kutipan hasil perlu ditambah baik.
Kawalan di pintu-pintu masuk utama perlu dipertingkatkan dengan penggunaan teknologi terkini bagi meminimakan ketirisan.
Beliau yakin terdapat pelbagai solusi dan tambah baik yang mampu dilakukan. Semua pihak akan terus membincangkan jalan penyelesaian bagi mengatasi isu tersebut pada masa akan datang.