YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menghadiri Mesyuarat Menteri Besar Dan Ketua Menteri Ke-138 di Putrajaya.

Sepanjang menggalas tugas sebagai Menteri Kewangan, beliau dan #TeamMOF sentiasa bekerjasama rapat bersama Kerajaan-Kerajaan Negeri bagi memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia dapat dijamin secara menyeluruh.

Menerusi sesi libat urus berterusan seperti Konsultasi #Belanjawan2021 dan #Bajet2022 serta mesyuarat-mesyuarat seperti bersama Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Majlis Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Kementerian Kewangan akan memastikan segala kerjasama erat yang dijalankan memberi impak positif kepada #KeluargaMalaysia.

![]() |
![]() |