Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat Menteri Kewangan ASEAN Ke-28

Mesyuarat Menteri Kewangan ASEAN Ke-28

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri Kewangan ASEAN Ke-28 (28th ASEAN Finance Ministers Meeting - AFMM), Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN Ke-11 (11th ASEAN Finance Ministers’ and Central Bank Governors’ Meeting - AFMGM) serta mesyuarat berkaitan di Luang Prabang, Republik Demokratik Rakyat Laos dari 3 hingga 5 April 2024.



Antara mesyuarat yang dihadiri YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah termasuk High-Level Policy Dialogue of the ASEAN Ministers of Finance bertajuk ‘Enhancing the role of Ministries of Finance for Climate Action in Southeast’ sebagai ahli panel perbincangan pada 3 April 2024; AFMGM – EU ASEAN Business Council (AFMGM-EU ABC), AFMGM – US ASEAN Business Council (AFMGM-US ABC) dan AFMGM – ASEAN Business Advisory Council (AFMGM-ABAC) pada 4 April 2024 serta AFMGM International Financial Institutions (IFIs) Meeting pada 5 April 2024.



Selain daripada itu, pada sela-sela mesyuarat AFMM dan AFMGM, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan juga berkesempatan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Republik Demokratik Rakyat Laos, Singapura, Asian Development Bank (ADB), Majlis Perniagaan Kesatuan Eropah - ASEAN (ASEAN-EU ABC) dan Majlis Perniagaan Amerika Syarikat – ASEAN (ASEAN – US ABC).



Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dan YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan.

Arkib Foto

Logo Accessibility