Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan APEC Secara Maya

Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan APEC Secara Maya

YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan APEC yang disertai oleh 21 anggota ekonomi APEC secara maya.

Ini adalah kali pertama Malaysia menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan APEC sejak tahun 1999. Bertemakan ‘Mengoptimumkan Potensi Insan ke arah Masa Depan Perkongsian Kemakmuran’, anggota ekonomi APEC telah berkongsi pengalaman dan bertukar idea mengenai intervensi fiskal dan monetari yang diperkenalkan dalam menghadapi cabaran COVID-19 serta usaha-usaha membangunkan ekonomi agar lebih berdaya tahan.

Mesyuarat juga membincangkan peranan penting digitalisasi dalam menjamin integrasi dan penyertaan kewangan, serta keperluan kerjasama berterusan dikalangan anggota dalam melindungi nyawa dan kelangsungan kehidupan.

Arkib Foto

Logo Accessibility