YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Kewangan ASEAN yang merupakan platform penting untuk negara anggota ASEAN (ASEAN Member States – AMS) merangka program kerjasama ASEAN dalam membentuk jaringan kewangan yang kukuh dan selamat, meningkatkan daya saing ekonomi serta memastikan pembangunan yang mampan dan inklusif di rantau ini.
Mesyuarat kali ini turut membincangkan cabaran pandemik COVID-19 yang telah memberi kesan kepada pembangunan sosio-ekonomi negara anggota dalam jangka masa pendek dan sederhana. Selagi vaksin belum ditemui, selagi itu kita mesti berjaga-jaga demi keselamatan rakyat dan kelangsungan ekonomi masing-masing.





