Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat-mesyuarat Utama MoF bersama Kerajaan Negeri Bil. 1/2026

Mesyuarat-mesyuarat Utama MoF bersama Kerajaan Negeri Bil. 1/2026

Mesyuarat-mesyuarat Utama Kementerian Kewangan (MoF) bersama Kerajaan Negeri Bilangan 1 Tahun 2026 telah berlangsung di Melaka dan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar).

Seramai 42 pegawai mewakili Kerajaan Persekutuan dan 13 Kerajaan Negeri telah hadir bagi membincangkan hala tuju serta penyelarasan dasar kewangan antara Persekutuan dan Negeri.

Antara mesyuarat yang diadakan:

  • Mesyuarat Pemantauan dan Penyelarasan Pemberian Bil. 1/2026
  • Mesyuarat Jawatankuasa Hasil Negeri Bil. 1/2026
  • Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri (JPP MARRIS) Bil. 1/2026

Mesyuarat berkala ini menjadi platform penting dalam memperkukuh tadbir urus kewangan, menambah baik mekanisme pemberian Kerajaan Persekutuan serta meneliti cadangan peningkatan hasil negeri demi kesejahteraan rakyat.
Pejabat Kewangan Negeri Melaka (Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka) selaku Urus Setia Bersama bagi penganjuran sesi kali ini.

Kerjasama erat Persekutuan dan Negeri terus diperkasa demi pembangunan negara yang mampan dan inklusif.

Arkib Foto

Logo Accessibility