Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Mesyuarat-mesyuarat Utama MOF Bersama Pejabat Kewangan Negeri Bil. 2 Tahun 2025

Mesyuarat-mesyuarat Utama MOF Bersama Pejabat Kewangan Negeri Bil. 2 Tahun 2025

Mesyuarat-mesyuarat utama Kementerian Kewangan (MOF) bersama Pejabat Kewangan Negeri Bil. 2 Tahun 2025 telah diadakan pada 24 Julai 2025 iaitu Mesyuarat Pemantauan dan Penyelarasan Pemberian, Mesyuarat Jawatankuasa Hasil dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar).

Pejabat Kewangan Negeri Johor (Perbendaharaan Negeri Johor) telah menjadi urus setia bersama dengan Pejabat Belanjawan Negara untuk sesi kali ini.

Mesyuarat secara berkala ini adalah bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan pemberian kerajaan persekutuan kepada negeri dan penambahbaikan hasil negeri.

Delegasi MOF juga telah dibawa untuk sesi lawatan ke Hospital Pasir Gudang iaitu projek baharu siap dibina oleh Kerajaan Persekutuan yang bakal memberi manfaat kepada penduduk kawasan Pasir Gudang khususnya.

Selain itu, delegasi MOF juga dibawa melawat Sarang Buaya Pasir Gudang sebagai inisiatif kerajaan negeri Johor sempena promosi Tahun Melawat Johor 2026.

Arkib Foto

Logo Accessibility