YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menghadiri Mesyuarat Mingguan Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) secara maya, yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.
Mesyuarat MTE membincangkan situasi terkini ekonomi Negara, cabaran dan keperluan perniagaan dalam norma baharu, serta strategi untuk mengekalkan momentum pemulihan ekonomi, mengambil kira keperluan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan sedang kita memerangi penularan wabak COVID-19.